Sunday 22 February 2009

LIMPAHAN DARAH RAKYAT GHAZA MEMBASAHI BUMI


Sajak ini menggambarkan peristiwa serangan ZIONISME selama 3 minggu ke atas GHAZA-PALESTIN yg meranapkan harta benda dan kemanusiaan.Saya mengambil masa 2 hari utk menyiapkan sajak ini dan dideklamasikan di UUM..


LIMPAHAN DARAH RAKYAT GHAZA MEMBASAHI BUMI
(GHAZA SEJARAH BANGSA BELUM BERAKHIR)
Ini tanah tumpah darah kami,
disini .... tempat mencari rezeki,
disini jugalah ..... kami akan mati,
dimana lagi ? hendak hidup kami

Israel, wilayah kami engkau duduki,
TEBING BARAT dan GHAZA tinggal untuk kami.
TEBING BARAT disana .. rakyat sama dengan kami,
disini GHAZA ...., tempat hidup kami.

Tembok keselamatan memagari kami,
Disana bangsaku ... ARAB, ikut telunjuk jari
Dengarkah jeritan hati kami .... ?
Tahukah penderitaan ... dan kesengsaraan kami ..... ?
Kemanakah kami hendak pergi,
Kehidupan hanya tinggal sejengkal jari

Engkau bangsaku ... ARAB, sama dengan kami !
Apakah yang telah lakukan selama ini ?
Benarkah engkau menyelamatkan kami ?,
atau ... sedia engkau kubur kami disini ?

Dari CAMP DAVID sampailah ke DAVOS.
Map PALESTIN dibuka dan dibahas !
Dengan GHAZA tersenarai paling atas
Berapakah lama engkau catat di atas kertas ?

Malangnya ........ masih derita kami ..., kini
konflik Palestin engkau gagal direlai,
dan menambah deretan siksaan keji
Kami di GHAZA tinggallah sendiri

Mereka berkata......
Gembira memasuki Ghaza tanpa dipelawa
Kereta kebal dan kecanggihan senjata udara,
membedil dan membunuh penduduk tak berdosa,
meranapkan rumah, pejabat, hospital, hartabenda,
tanah menjadi rata, padang belantara ,
penuh sosok manusia tak bernyawa ...
serangan tanpa peri-manusia .. menanggung derita

Kawasan ini, panorama nyawa
Mereka bertepuk tangan, merasa bangga.
untuk memastikan segala agenda.
Melenyapkan penghuni tanah GHAZA
tetapi..., jeritan, tangisan, rintihan menyata
menjadi suara sengsara negara
Didengar disana ... banyak negara diseluruh dunia
Bukan sahaja yang se Agama

GHAZA terkorban dengan ratusan nyawa,
dibiar ..... dengan sorakan tawa ber-iya,
tetapi .... kami bangkit menentangnya,
walaupun dalam keadaan tak bermaya
Anak-anak kecil berlari, bertanya ....
Ayna ABUYYA .... ?, ayna UMMAA ?

Dicelah-celah runtuhan rumah, berdiri anak siapa ?
Suara trauma menggapit siapa sahaja
Menangis kerana kini kesorangan tinggallah dia
Ayunan tangan lembut mengesat airmata ....
Itu ! terbujur dan berkecai jasad siapa ..... ?
Tragedi ini .... oleh manusia murka
Kini, menanggung derita selamanya
Tak tahu bagaimana hendak BERDOA

Kanak-kanak, wanita dan orang tua
Kematian mereka bukan kemalangan semata
Lihatlah .... cebisan daging manusia disana ....
melekat kering ditembok sana .....,
curatan darah menghias sama,
tulang manusia terbakar masih merata
Kasut, baju terkoyak oleh api senjata
Didapati dimana-mana dibumi GHAZA

Di atas puing-puing kemusnahan
Inilah sisa meneruskan kehidupan
Setiap hari, hidup dalam tekanan dan ancaman
Kepungan dan desingan kecanggihan persenjataan,
kami katakan: Inilah malapetaka kemanusiaan.....
Inilah ..... satu bukti kekejaman.
Inilah .... dinamakan penyembelihan
Inilah juga tindakan kebinatangan

Luah derita entah kemana
Kanak-kanak GHAZA mengadu kepada siapa ?
Perlindungan, tempat bergantung kami, telah tiada
Bilakah kami hendak bebas dan merdeka ?
sebagai bangsa dalam satu negara,
Ya Allah ..... Engkaulah Yang Maha Perkasa

Kini kanak-kanak mangsa, bicara bahasa ....
Aksara di-eja .... ikut semasa
Apa kata bahasa mereka ?
Inilah yang ada diminda:

Abjad A diguna untuk sebutan APACHE,
> (Helikopter tempur)
Abjad B sebutan bagi perkataan BLOOD,
> (Darah)
Abjad C bermakna COFFIN,
> (Keranda)
Abjad D untuk mengingati DESTRUCTION,
> (Kemusnahan)
Abjad E menyebutnya kepada EXCISION,
> (Penghapusan)
Abjad F, mereka kenali dengan FEAR,
> (Ketakutan)
Atau F untuk FLEE,
> (Melarikan diri)
Atau F bagi perkataan FIRE
> (Api)
Itulah ..... bahasa baru kanak-kanak GHAZA

Hatinya tersemat menebus kamatian Ibubapa
Kecewa ..., dunia bertindak setelah musnah bangsa
Deretan keranda kematian ..., diusung SYUHADA
Inilah kami: anak-anak pejuang negara di GHAZA

Kekejaman ini, tersemat kedalam sanubari
Kami berdiri bukan mencari simpati
Mereka lupa peristiwa ini
Silap bila menyerah kalah .... kami

Bumi GHAZA tidak akan BEBAS dari kekejaman
Walau banyak ditebarkan ranjau kezaliman ....
Jauh jalan menuju kemerdekaan
tetapi, takkan padam api perjuangan

Kami berjuang atas nama NEGARA .....
Dengan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala
Alhamdulillah, mereka memekik suara GHAZA
Membantu rakyat kami yang sengsara.

5 comments:

  1. sajak yang baik...bgus...
    lau baca nie kne bersemangat waja...
    Allahuakbar!!!!!!

    ReplyDelete
  2. syukran jazila ya akhi faiz...
    sajak ni pernah dibawa ke pertndingan sayembara deklamasi puisi di UKM..and i got 3rd place...

    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. yeke...igtkn baru buat je...
    alhamdulillah...hope ade lg anak seni yg memperjuangkan dan menegakkan agama islam kita walaupun dengan cara ini sbgai tnda kita protes...

    subhanallah....

    ReplyDelete
  4. insyaallah...
    >>banyak cara utk kita perjjuangkan..
    tapi kita yg takut..
    mls..
    pndang enteng..
    ikuti karya seterusnya..
    mengenai bahasa..
    tajuk: bahasaku bangsaku..
    sajak ni sgt sesuai dbaca oleh ahli GAPENA krn isinya memfokuskan soal i dentiti sesuatu bngsa.bagi ahli politik,sajak tersebut merupakan kritikantrhadap PPSMI yg sdg dperjuangkan oleh pembngkang agar kembalikan bahasa kebngsaan sesuai dgn perlembagaan negara..

    ReplyDelete
  5. oooooo...bgus2...truskn usaha anda mermatabatkan bahasa malaysia..disini nak promote juga blog sendiri nie..jgn lupe ikuti perkembangan semasa blog saya..nantikannya..kalau boleh sila sertai followers dalm blog saya..hehe

    ReplyDelete