Friday 30 January 2009

Dari Kalbu ke Kalbu

...Penantian itu mereningkan bisul duka bersulam wajah kesedihan dalam celoreng jiwa yang pecah gelisah. Bukan sehari kalbu disiksa menunggu. Penantian itu bukan sekadar memamah hari, malah turut melapah tubuk kecilnya yang kering di ranjang dek sebuah harapan yang lompang. Sehari menanti bagai melayah anak busur menikam kalbu. Kalbu mama dan baba seakan papan sasar yang sudah berlubang-lubang ditusuk busur hari. Kalbu Nabila; si gadis kecil itu bak menanti tarikh degup berhenti.

...Jiwa baba dan mama bergetar dalam bungkam yang mencengkam daging dan tulang-temulang. Pohon sabar bagai lalang di pantai tengkujuh sedang akarnya sudah lama terjeruk di dalam laut kasih. Belum pernah kering air mata mama dan baba dek terbayang mulut lahad yang menengadah ke langit hitam. Bila-bila sahaja akan menelan sekujur jasad kering itu.

“Selagi ada hayat,kamilah kalbumu.”

Nabila mengangguk, mengerti cinta baba dan mama yang melampaui simpati. Rasa bersalah melihat air mata baba yang tua dengan musibah.

“Lengan mama akan sentiasa menjadi bantalmu.Hangat tubuh mama akan menjadi selimut lega mu.”

Nabila senyum tawar memujuk kocak ombak di gelas kalbu yang retak. Mama tidak pernah kalah menyiram benih sabar tatkala gerhana itu.

“bertahanlah sayang. Selagi jantung kami berdegup kencang, selaut kasih akan kami empang, segunung ikhtiar akan kami tumpang.”

Tertumpah air mata Nabila mendengar korban cinta tanpa syarat itu. Bagi Nabila bicara mama bukan talkin kematian.Tapi mentera penyambung nyawa. Walau bagaimanapun,jauh di sudut hati tuhan tidak akan mensia-siakan doanya setiap detik selagi belum termaktub saat keizinan-Nya.

“Tuhan tidak tidak pernah mengabaikan permintaan.”

Pujuk Doktor Salina setiap kalimencium resah di mendung wajah mama dan baba. Wanita itu telah berkorban segala-galanya. Cintanya sudah menjadi sebahagian daripada kalbu kami.
“tuhan tidak sekali-kali zalim,saying. Tuhan yang menciptakan hidup dan mati untuk menguji siapa antara kita yang sebaik-baik amal bakti. Ujian tuhan tanda kasih. Ujian tuhan mengikis segala dosa,mengurnia piala syurgadan mengangkat piala seorang hamba.” Dingin tangannya mengusap lunak bahu Nabila.

“Ah,doktor kordiologi itu sudah lama membedah jantung ku dengan agama, juga jantung mama dan baba. Kalau tidak, masakan jantung mekanikal itu melekat dan bertahan dalam tubuh ini”.

Kalbu Nabila berbisik sambil menggenggam lembut tangan doktor itu. Tangan yang turut membedah segala karut-marut, menyanggah segala pantang larang yang bersawang lama dihatimama dan baba.

“Nabila,doa kita sudah dimakbul tuhan. Ada insane yang member harapan. Berbudi tapi tidak mahu dikenali apatah lagi dipuji-puji”.

...Petang yang mendung itu, mulut doctor itu pecah membawa berita gembira. Mata nabila berkaca-kaca hiba. Setelah 667 hari memacak bendera setia, doctor itu membawa sejambak bahagia mewangi ke telinga. Namun, riak bimbang bergelombang dalam mata. Peta resah tiba-tiba melorek ke wajah baba.

“Apakah derita Abila harus dibiarkan terus dijeruk oleh takdir. Izinkan Abila mencuba, mama. Abila tidak sanggup bergantung harap di uncang nyawa dengan jantung mekanikal ini. Andai sudah di loh tuhan jantung Abila berhenti berdenyut, Abila rela,baba,”

Jerih Nabila membekam sebak memujuk ikhtiar terakhir itu.
Bismillahi Syafi, Bismillahi Khafi,
Bismillahi Ma’fi, Bismillahillazi la yadurru ma;smihi syaiun fil arDhi,
wala fissama’ wahuwal samiu’n Alim.
Dengan zikrullah, tenaglah kalbu. Setenang Nabi Ayubmengharungi liku. Benarlah apa yang berlaku sudah ditentu. Hanya kepada-Mu jua tempat kami mengadu.

>>HIBA
Doa itu bersalut hiba merengsa mata dah hidung dek merelakan sekujuh tubuh bertarung. Dalam bikik bedah itu, malu langsung tersejat dari wajah. Di mata dan dihati mereka menangis. Kristal jernih itu bukan kerana menyalahi Tuhan, jauh sekali menyesali ketentuan Tuhan, tetapi sekadar mentongsong fitrah mengikuti hati yang gundah.

...Tubuhnya dibiarkan kaku dalam kejang yang dingin menanti pembedahan. Nabila sudah tidak peduli diperlakukan bagai bahan uji olah pegawai perubatan berjubah biru itu.getar bilik dan bunyi alat silang menyilangmenyentuh segala hening. Bau pengenyah kuman yang mengepung bilik itu begitu meloyakan.

...Tiba-tiba entah bagaimana datangnya tenaga, entah lena entah terjaga, nabila ditarik oleh sejalur cahaya. Jasad nya menerobos masuk ke dalam bilik pembedahan. Dia melihat sekujur jasad terbujur di pembaringan. Kerut di anjung wajah lelaki itu merakam kedut seribe yang melambangkan jumlah kesakitan yang jitu. Mantera sumpah seranah dilaung-laungkan bagi membius kesakitan. Suara itu benar-benar menyula telinganya. Kekuatan yang bersisa direncong nazak itu tidak mampu memberikan nyawa dek segala keperitan yang terpanggang. Bahkan suara lelaki itu bagaikan tersendat di dadanya tidak sampai ke tenggorok. Mungkin kerana itu suaranya tidak terlantun ke telinga mereka.

“Siapa penderma ini?”.

Suara wanita yang cukup dikenali itu menyentuh gegendang telinganya. Sebahagian wajahnya tidak kelihatan. Malah, seragam hijau itu memisahkan jantina lelaki dan wanita di sekelilingnya.

“Pemuda ini berusia 19 tahun. Darah, berat badan dan ketiggian hamper sama dengan dengan Nabila. Sudah 12 hari koma akibat kemalangan. Pendarahan yang serius di otak”.

Jelas doktok di kepala katil.
“Mari kita mulakan”.

...Arahan doktor salina itu mematikan bicara. Sekonyong-konyong jantung pemuda itu merengsa. Jerit sakit melawan tajam pisau di tangan wanita itu.

"Ya Allah, Apakah ini Mungkar dan Nangkir? Tolong, tidak tolong jangan! Aku tidak mahu mati!”.

... Jeritnya panjang. Menyedari suaranya tidak berupaya menghalang usaha itu, pemuda itu cuba menggerakkan tangan dan kakinya. Namun, tangan dan kaki itu bagailan melekat di gelang katil. Tenaganya sifar. Langsung tidak terangkat.

“Tolonglah, jangan dirodok jantung ini. Siapa yang member izin pembedahan ini? Bukankah ia masih berdenyut?”

lelaki itu cuba menyeru nama ayah penuh ricu. Memanggil nama ayah dengan segala payah. Menyeru namaa Tuhan penuh sesalan. Sesal dek bebal mengikut suara muda, sesal dek amal buta halal haram.

Sebaik pisau tajam itu menyentuh kulitnya,ngilu mengancing gigi Nabila. Dari kulit menghiris daging. Dari daging menampakkan degup jantung. Darah pantas disedut keluar. Jantung lelaki itu mula lumpuh dan motor yang menggerakkan nafasnya. Tersekat-sekat rongga dalamannya bagaikan tertusuk tulang rusuk silang menyilang.

>>SESAK
Sesaat itu,dia merasai jasad keringnya. Nafas Nabila tiba-tiba sahaja sesak. Jantungnya bagai disentuh orang.upaya tubuhnya tidak mampu berbuat apa-apa. Dan keyika itu dia tidak lagi sedar apa-apa. Nabila hanya sedar apabila dingin menyentuh tubuhnya. Dingin bagaikan penjara. Melihat ke luar kelambu hitam tunda-menunda di perabung langit. Sebaik jasadnya dibawa ke bilik bedah, dingin itu serakah memeluk rongga jasadnya yang terdedah. Kesemutan mula menyengat di hujung kaki merebak ke seluruh jasadnya sedikit demi sedikit. Senyar pula merengsa setiap sendi tulang.

“Siapa penderma kali ini?”

Suara wanita itu serak. Matanya merah di balik kaca tebal itu. Indera Nabila menangkap bimbang dan kecewa dibalik suara itu. Cemas tidak dapat disembunyikan oleh gerak bahasa tubuh doktor itu. Namun sebaik menatap wajah gadia Tionghua itu, garis-garis penat yang mengelar wajahnya hilang.

“Gadis ini berusia 19 tahun. Sudah hamper sebulah koma akibat demam denggi. Mengikut catatan ini, baru dua bulan memeluk Islam. Namanya Kalbu”.

Jeda seketika. Penjelasan doktor lelaki itu bagai menghentikan nafas.

“Mari kita mulakan. Harap jantungnya berfungsi dengan baik”.

Doktor Salina kembali menyarung jubah hijau. Pembantunya segera memakai sarung tangan, penutup mulut dan kepala.

“Sayang sekali, walaupun pembedahan pertama Berjaya, tetapi daya tahan dan system imunisasi Nabila menolak jantung baru itu”.

Doctor Azhar memandang wajah Nabila penuh simpati.
“Sehebat mana Sains pun, kita tidak dapat memindahkan gerak nadi dan degup jantungnya. Itu kehendak tuhan. Dia yang menentukan. Tentu ada hikmah mengapa jantung itu menolak”.

Doktor Salina menyejuk rasa. Yang baik hanya untuk insane yang baik-baik juga. Bisik hatinya dalam diam. Entah mimpi atau ilusi,di mata Nabila dia melihat cahaya jernih menakung mata gadis itu. Gadis itu melorek senyum panjang tanpa hiba mahupun cela. Di telinga Nabila dia mendengar kalbunya berbicara.

>>NIKMAT
“Inilah jariah ku untuk mu. Mohon penebus dosaku. Islam ku terlalu mentah. Putik nyawa disambar guruh sebelum nikmat iman ranum dalam jagaan tuhan. Mungkin sudah ditetapkan dalam ketentuan Tuhan. Baik buat ku belum tentu baik disisi tuhan. Andai kalbu ini baik buat siapa jua yang menerimanya, maka kurniakanlah kebaikan dan kemanfaatan. Andai sebaliknya, maka jauhkanlah kami daripadanya,dan pastilah engkau kembalikan segala kurnia kebaikan itu diaman jua ia berada.ya Allah, jadikanlah kami orang yang reda dengan pemberian itu”.

Gadis bernama kalbu itu mengukir senyuman setelah membisikkan sebuah syahadah.
Kalbu meletakkan telunjuknya ke dada dan mengisyaratkan tegak ke kalbu Nabila. Sebaik jantung nabila dipindahkan, inderanya kelihatan berfungsi perlahan-lahan. Peluh bukan sahaja mereneh di dahi luasnya malah lenjun menyerap sut hospitalnya. Nabila melihat aura merah tubuhnya bagai disedut sesuatu. Bermula dari kaki hinggalah hilang perlahan-lahan daripada ubun-ubunnya.

Sehari dua hari itu, kalbunya buat pertama kali dipeluk damai. Ya, sejak pemindahan itu. Syangnya jagat itu tidak menempias jagat luar yang hangat. Resah gelisah merusuh di jiwa baba dan mama. Nafas baba dan mama bagai diserang selsema teruk dek melihat turun naik dada Nabila yang berterusan.menghirup alat ventilator itu. Redup mata mama sayu menatap titis air dari salur tabungan yang berselirat masuk ke dalah kulit. Titis jernih kasih turut mengelar pipi mama.

“Baba rindukan senyuman mu,nak. Senyumlah saying!”

Jerihnya sambil melihat derita ini bak pedang halilintar yang membelah sepasang sayap kasih.
“Abila,bangunlah. Mama dating ni.pandanglah wajah mama! Memandang wajah mama akan mengendurkan sakit Abila nanti”.

Masih tidak ada tindak balas. Hanya kelopak mata Nabila berombak-ombak kecil. Ah,Nabila tahu namanya disebut. Naluri anak pastinya tersentuh dengan panggilan suara kasih. Baba dapat rasa. Dia tahu itu. Mama senyim hiba sambil menyeka kelopak matanya yang berair. Mama dan baba tidak sanggup melihat lena Nabila. Barangkali Nabila sudah lama tidak minpi yang indah-indah.

“Nabila bernasib baik kerana badannya memberikan tidak balas positif terhadap jantung kedua”.

Doktor Salina meredakan kegusaran. Bagai mengalih sebongkah batu di jemala.
“Doktor, adakan penolakan organ masih boleh berlaku?”.

Kerut bimbang di wajah mama dan baba mengukir wajah tua lewat usia.
“Setakat ini Nabila tidak menunjukkan sebarang tanda penolakan terhadp jantung baru itudia perlu bergantung kepada ubat immunosuppressants supaya badannya tidak menolak jantung baru yang dipindahkan kepadanya”.

Mama dan baba cuba menelan faham walaupun pahit yang dirasakan. Nabila perlu mengambil ubat tersebut sepanjang hayat. Jika tidak, kemungkinan Nabila menolak jantung baru itu amat tinggi.walaupun Nabila berasa sudah sihat sepenuhnya, dia masih perlu memakan ubat tersebut.kepuasan jelas terpamer diwajah doktor muda itu. Wad unit rawatan rapi itu dihingarkan oleh jerit mesin penyambung hayat dan perakam rima jantung bertali arus. Monitor elektro-kardiograf hanya mengukir garis hidup tinggi rendah dengan satu bunyiyang pasti akan bertemu penghujungnya. Mama dan baba tahu itu. Syukur berjela-jela basah dalam zikr, memuji kepada Tuhan pencipta.

Diantara sela-sela ratib syukur Nabila bagai terdengar bisik gadis Tionghoa itu. Kalau kau menjadi kalbuku;

Berdeguplah dengan kalbu Mutmainnah.
Jangan kau empangkan darah dengan kalbu amarah.
Biar denyut nadimu membilang zikrullah.
Agar degup jantung ku menggenggam Sakinah,
Wahai kalbu ku, berdenyutlah zikir Tuhan yang mencipta hidup dan mati.

>>Wallahualam….

4 comments:

  1. terima kasih kerana menjadi sahabat setia khalifmujahid ;)

    ReplyDelete
  2. nice story. nk cadangkan better u tekan enter bg setiap perbualan supaya senang nk bace...

    ReplyDelete
  3. crita ni dah dihntar ke 1 prtndingn cerpen.sy type menggunakan mcrsoft office word..jadi,,trus paste ke post blog ni tnpa edit..dats why jdi rapat je smua.
    Trima kasih atas teguran..i'll change it..
    syukran..

    ReplyDelete
  4. weii cita mende ni??

    ReplyDelete